Sabtu, 26 November 2016

Muhasabah Diri (Mutiara Kata)


Mutiara Kata Santai Nilai HATInya, Bukan PAKAIANnya (Luaran)
Mungkin sahaja, kita tengok seseorang itu hina disisi masyarakat. Tpi hakikatnya dialah seorang yang lebih mulia di sisi Allah berbanding kita
. Mungkin sahaja, kita tengok seseorang itu jauh daripada agama, tapi hakikatnya, dialah orang yang paling dekat dengan agama berbanding kita.
Mungkin sahaja kita lihat dia miskin dari segi keduniaan, tapi bisa saja, dia salah seorang yang terkaya hal akhirat.
Mungkin sahaja, sekarang kita lihat dirinya seorang kaki maksiat, siapa tahu, mungkin sahaja dia memperolehi penghujung yang baik.
Mungkin sahaja seseorang itu nampak dekat dengan agama, tapi hakikatnya dia jauh daripada agama.
Allah tidak menilai orang dari sudut zahirnya termasuk pakaiannya. Tapi, Allah menilai HATI seseorang... Hati yang baik akan membawa pelakuan yang baik bersesuaian dengan pemakaiannya (mengikut syariat). Jangan disebabkan amal2 soleh yang kita kerjakan membuatkan kita memandang diri kita lebih mulia serta tinggi berbanding orang lain, ingatlah, kita belum tahu apa dan bagaimama penghujung kita.
Muhasabah Diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan